DNeX peroleh kontrak lima tahun Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

0
202

KUALA LUMPUR – Dagang NeXchange Bhd (DNeX) melalui anak syarikatnya, DNEX Drilling Tech dan Oilfield Services Sdn Bhd memperoleh kontrak induk Pan Malaysia daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB).

Dalam satu kenyataan hari ini, DNeX berkata kontrak itu melibatkan penyediaan peralatan ‘Directional Drilling / Measurement While Drilling / Logging While Drilling’ (DD/MWD/LWD).

“Ia sah selama tempoh lima tahun bermula pada 16 Januari, 2020 hingga 15 Januari, 2025. Harga kontrak akan bergantung kepada arahan kerja yang dikeluarkan PCSB sepanjang tempoh kontrak tersebut,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Timbalan Pengerusi Eksekutifnya Datuk Samsul Husin berkata kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan DNeX dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Kami berterima kasih kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada kontrak induk Pan Malaysia ini.

“Ini merupakan bukti usaha dan kepakaran kami dalam menyediakan perkhidmatan dalam segmen ini. Kontrak ini akan membolehkan kita mewujudkan nilai dan menyedari pertumbuhan selanjutnya di bahagian tenaga, “katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here