‘Doakan saya’

0
274

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri memohon doa daripada pelbagai pihak agar beliau diberikan kekuatan melaksanakan peranannya dalam Kabinet.

“Sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. ⁣

“Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya,” katanya dalam kenyataan menerusi hantaran dalam akaun Facebook milik beliau hari ini.

Pada masa sama beliau turut berkongsi sepotong hadis daripada ‘Abdullah Salam yang bermaksud: “Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah, ‘Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam⁣, berikan makan⁣, sambunglah silaturrahim⁣ dan solat di waktu malam ketika orang-orang tidur,⁣ nescaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.⁣”

Beliau juga meminta masyarakat mendoakan dan memberi pandangan padanya.

“Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaanNya. ⁣

“Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakkal,” katanya.

Zulkifli adalah antara enam individu bakal dilantik sebagai Senator untuk membarisi Kabinet Persekutuan. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here