Doktor Hospital Kuala Krai, bayi maut dalam kemalangan

0
279
Keadaan kenderaan Kementerian Kesihatan yang remuk di bahagian hadapan dalam kemalangan maut tersebut

CYBERJAYA – Seorang pegawai perubatan dari Hospital Kuala Krai maut dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang, Kelantan.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerusi satu hantaran dalam laman Facebook miliknya sebentar tadi.

“Saya baru sahaja beberapa minit lalu dimaklumkan mengenai berita kemalangan maut yang melibatkan ‘team’ petugas perubatan dari Hospital Kuala Krai. Kemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang.

Kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang

“Pegawai Perubatan O&G, allahyarhamah Dr. Nooranisah Mohd. Razali meninggal dunia di tempat kejadian bersama bayi beliau,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Adham berkata, penumpang lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut bagaimanapun terselamat.

“Lima orang pegawai perubatan yang lain dan pemandu dilaporkan selamat.

Dr. Nooranisah dan bayinya dilaporkan maut dalam kemalangan tersebut

“Saya mengucapkan takziah buat keluarga mangsa. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh allahyarhamah,” katanya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here