Dr. Mahathir bebas Covid-19

0
129
DR. MAHATHIR MOHAMAD

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad disahkan bebas daripada wabak Covid-19.

Memetik laporan The Star, menurut pembantunya, keputusan tersebut disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan selepas menjalani ujian saringan Covid-19 pada 17 Mac lalu.

Bagaimanapun, katanya, Dr. Mahathir memberi jaminan kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti protokol pemantauan dengan dikuarantin selama 14 hari.

“Keputusan ujian adalah negatif. Beliau bebas daripada Covid-19,” katanya.

Dr. Mahathir dipercayai menjadi kontak rapat kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen yang mendapat rawatan di Hospital Besar Sarawak selepas disahkan positif Covid-19.

Sementara itu, dalam satu klip video eksklusif yang disiarkan Buletin Utama TV3 pada Khamis lalu, Dr. Mahathir memaklumkan beliau sedang menjalani kuarantin sukarela selepas Lee Wuen yang juga ahli Parlimen DAP disahkan positif Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here