DSA 2020 ditangguhkan ke Ogos

0
67

CYBERJAYA – Penganjur Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2020 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2020 hari ini mengumumkan penangguhan kedua-dua pameran tersebut.

Kedua pameran tersebut, yang sepatutnya berlangsung pada 20 -23 April ini, ditangguhkan ke 24-27 Ogos.

Keputusan ini diambil hasil perbincangan bersama Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkepentingan lain berikutan kebimbangan penularan wabak Covid-19 yang melangkau batas sempadan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi DSA Exhibition & Conference Sdn. Bhd., Tan Sri Asmat Kamaludin.

Kata beliau, keputusan penundaan acara ini disokong sebulat suara walaupun hanya tinggal dua bulan dari tarikh asal pameran ini sepatutnya berlangsung.

“… keputusan menangguhkan acara ini adalah keputusan yang terbaik.

“Kami ingin memastikan suasana pameran yang kondusif untuk para peserta, pihak pempamer dan pelawat semasa acara berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bertemakan ‘Advancing into a New Era of Defence’ pameran yang dianjurkan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) ini dihoskan, disokong dan dianjurkan bersama Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here