Dua minggu sahaja…

0
99

MINGGU lepas Cakcibor ada tulis, sikap dan gaya hidup kita merupakan kunci kepada melawan wabak Covid-19.

https://www.malakattribunenews.com/rencana/kolumnis/cakcibor/5812/

Dan apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang meliputi seluruh negara, tekaan Cakcibor nampaknya tepat belaka, bahawa kita rakyat Malaysia belum bersedia untuk ‘korbankan’ keselesaan dan kesenangan kita dalam tempoh kesusahan ini.

Baharu sahaja arahan tersebut diumumkan, kecoh dalam media sosial tentang perangai sebahagian individu yang tanpa segan silu melakukan pembelian panik.

Tau, awak tu berduit, tapi fikirkan juga pelanggan lain, terutamanya warga emas yang turut terpaksa membuat pembelian bahan bekalan, tapi tiada kemampuan dari segi tenaga dan wang ringgit.

Ada juga dalam kalangan individu yang menggunakan waktu ini untuk bersiar-siar bersama keluarga, berjalan ke sana ke mari walhal arahan tersebut sebenarnya menjuruskan kepada tinggal di rumah tanpa sebarang aktiviti luar yang tidak perlu.

Dan yang paling baru, Cakcibor dengar, ada jugak spesies manusia yang sanggup ‘melarikan’ hand sanitiser yang berada di kaunter-kaunter hospital dan klinik.

Tepuk dahi juga bila mendengarnya.

Jika kita perhalusi semua isu ini, kesemuanya menjurus kepada sikap dan gaya hidup.

Sudah lah. Lupakan sementara perangai individualistik sebegitu.

Duduk sahajalah di rumah. Keluar hanya bila perlu, ataupun, beralih lah kepada pembelian atas talian jika perlukan barang keperluan.

Patuhi sahaja arahan kerajaan. Bukan lama, hanya dua minggu sahaja, bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

Dua minggu sahaja.

Ataupun, kita lebih suka jika tempoh dua minggu ini dipanjangkan lagi seperti apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri semalam?

Sendiri mau ingat lah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here