Dua orang kenamaan negatif Covid-19

0
91

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua orang kenamaan yang disyaki dijangkiti Covid-19 dan dikaitkan dengan kes ke-26 wabak itu adalah negatif.

Dalam satu kenyataan di sini, siasatan dan pengesanan kontak rapat bagi kes 26 masih terus dijalankan.

“KKM akan terus memaklumkan situasi terkini jangkitan Covid-19 dari semasa ke semasa.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menularkan berita-berita mengenai kes jangkitan Covid-19 yang tidak disahkan oleh KKM bagi mengelakkan situasi salah faham dalam masyarakat,” kata kenyataan itu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here