Duduk di rumah, jangan keluar

0
81

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dalam mengekang wabak Covid-19 mereka di negara ini.

Menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya, beliau turut menyeru orang ramai supaya duduk di rumah dan jangan keluar jika tiada urusan penting.

“Hari ini adalah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita. Dengan kata-kata mudah, ‘sila duduk di rumah’ dan jarakkan diri anda daripada orang lain.

“Kita mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19. Bantulah KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dengan memainkan peranan anda.

“Ini kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Dr. Noor Hisham menambah, kegagalan bukan pilihan di sini dan jika tidak, orang ramai mungkin menghadapi gelombang ketiga virus tersebut.

Beliau berkata, jika tidak dibendung akan menjadi lebih besar seperti tsunami lebih-lebih lagi jika orang ramai mempunyai sikap ‘tidak kisah.’

Hari ini kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19 daripada terus merebak. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here