Empat bulan pengecualian sumbangan ibu bapa

0
179

CYBERJAYA – Kerajaan menerusi Kementerian Perpaduan Negara mengecualikan sumbangan oleh ibu bapa atau penjaga di Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan di seluruh negara bagi tempoh Mac hingga Jun ini.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pengecualian sumbangan ini melibatkan 1,781 buah Tabika Perpaduan dengan jumlah murid seramai 37,855 orang.

“Dalam masa sama, sebanyak 41 buah Taska Genius Perpaduan dengan jumlah kanak-kanak seramai 972 orang.

“Semoga dengan pengecualian ini dapat mengurangkan beban ibu bapa mahupun penjaga dalam menghadapi masa sukar penyebaran wabak Covid-19 sekarang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Halimah turut menasihati ibu bapa dan penjaga untuk memantau dan mengadakan aktiviti bersama anak-anak serta mematuhi arahan kerajaan supaya meminimakan pergerakan di luar rumah. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here