Empat menteri kanan ganti timbalan perdana menteri

0
364
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melantik empat menteri kanan bagi memastikan Kabinet baharu yang akan dibentuk dapat berfungsi dengan baik dan dapat menyampaikan perkhidmatan dengan lebih berfokus.

Beliau berkata empat menteri berkenaan ialah, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dialantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadhillah Yusof.

Datuk Seri Fadhillah Yusof

Beliau berkata, Zafrul yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Bank CIMB akan dilantik sebagai senator.

Datuk Seri Tengku Zafrul
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Dalam pada itu, turut dilantik enam timbalan menteri iaitu Datuk Lim Bam Hong (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri); Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz (Kementerian Pertahanan); Datuk Abd. Rahim Bakeri dan Mohd. Shahar Abdullah (Kementerian Kewangan); Datuk Shahruddin Md. Salleh (Kementerian Kerja Raya) dan Muslimin Yahaya (Kementerian Pendidikan). -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here