Exco Melaka diarah jalani saringan kesihatan

0
121


CYBERJAYA – Semua Exco Melaka  diarahkan menjalani saringan kesihatan bagi memastikan mereka bebas daripada wabak Covid-19.

Ketua Menterinya, Datuk Sulaiman Md. Ali berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan kesemua mereka berada dalam keadaan sihat ketika menjalankan urusan rasmi dan bertemu rakyat.

Beliau berkata, langkah tersebut dilakukan berikutan barisan Exco adalah individu penting dalam mengurus serta mentadbir kerajaan negeri.

Kerajaan negeri memohon saringan kesihatan dilakukan kepada barisan Exco dibuat sebagai langkah keselamatan penularan wabak Covid-19.

Ia akan dibuat dalam kadar segera dan pemeriksaan akan dilakukan di Seri Negeri,” katanya seperti dipetik portal Melaka Kini dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco hari ini.

Selain itu, Sulaiman turut menyeru penduduk negeri ini patuh akan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengelak berlakunya keadaan yang lebih kritikal.

Menurut beliau, selaras dengan arahan itu, kesemua 786 tempat pelancongan di negeri tersebut diarahkan menghentikan operasi sementara sehingga 31 Mac ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here