Filipina: 14 kematian akibat Covid-19 hari ini

0
73
Orang ramai sedang beratur di luar sebuah pasar di Quezon City, Filipina, semalam

CYBERJAYA – Pihak berkuasa Filipina melaporkan pertambahan sebanyak 272 kes positif Covid-19 baharu di negara tersebut, dengan 14 kematian.

Menurut portal The Guardian, kedua-dua angka yang diumumkan ini merupakan angka harian tertinggi baharu bagi negara tersebut sejak dilanda wabak Covid-19.

Setakat ini, jumlah kumulatif kes positif disahkan adalah sebanyak 1,075, dengan 68 kematian.

Jumlah pesakit yang telah sembuh pula adalah sebanyak 35, apabila empat lagi pesakit disahkan sembuh, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here