Fitnah berlaku dalam umat Islam sendiri

0
166

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya bahawa fitnah yang sedang melanda serta mencalarkan imej agama itu hadir daripada umat Islam sendiri yang kurang memahaminya.

Beliau melahirkan rasa kesal apabila ramai yang berimej Islam tetapi memberikan gambaran salah tentang Islam seolah-olah agama itu yang tidak relevan dengan dunia moden sedangkan realiti adalah sebaliknya.

Menurutnya, manusia  yang paling kenal dan tawakal kepada Nabi Muhammad SAW juga tidak mengungkapkan serta melakukan apa yang segelintir masyarakat buat hari ini.

“Baginda juga bertawakal tetapi Baginda juga berusaha malahan memberikan garis panduan.

“Apabila para mufti dan ulama telah membuat keputusan menangguhkan solat Jumaat yang berbentuk wajib, apakah perhimpunan atau perjumpaan jemaah kita serta melancong keluar negara kerana tawaran murah serta dah lama mengidam lebih wajib dari itu?,” soal beliau dalam akaun Facebook rasminya.

Firdaus Wong berkata, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Jelasnya, tugas dakwah kepada bukan Muslim serta islah sesama Muslim perlu diperkasakan lagi.

“Anda sebagai individu disalah fahami itu tidak mengapa tetapi kerana perbuatan anda maka agama yang saya anuti dan Muslim yang lain juga terkena tempiasnya.

“Jangan salahkan orang lain andai kita sendiri yang salah faham dan membuka peluang untuk mereka terus menyebarkan salah faham itu!,” kongsinya. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here