Foto anak jururawat rindu ibunya undang sebak

0
238

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – “Nanti semua ok, ibu ambil adik,”

Demikian perkongsian seorang jururawat yang juga seorang ibu, Nurfathiah Mohamad Mahadi dalam akaun Facebook miliknya.

Baru-baru ini dia berkongsi foto anaknya yang sedang memegang kad dengan tulisan menyentuh hati mengundang sebak warga maya.

“Bila pengasuh hantar gambar ini terus berjurai air mata.

“I miss you (saya rindu kamu) sayang ibu.. Nanti semua dah ‘okay’ ibu amik adik ye.. ‘Stay strong’ anak ibu.. Ibu sayang anak ibu,” kongsi petugas barisan hadapan yang terpaksa menanggung rindu itu.

Melalui apa yang dikongsikan oleh Nurfathiah, foto anak perempuannya yang memegang kad itu dihantar oleh pengasuh dan tertulis mesej meminta orang ramai duduk di rumah.

Nurfathiah Mohamad Mahadi turut berkongsi kad memohon rakyat duduk di rumah dalam akaun Facebook miliknya.

“Ibu saya seorang jururawat, dia berjauhan dengan saya untuk menolong anda. Bolehkah anda semua tolong duduk di rumah untuk bantu ibu saya,” kata-kata yang tertera di atas kad itu.

Seorang lagi warga maya Facebook, Raja Sofie Raja Arif berkata, moga Allah permudahkan urusannya dan petugas hadapan yang lain.

Dia mendoakan semoga Allah memberikan ganjaran terbaik buat petugas barisan hadapan diatas pengorbanan yang sangat besar.

“Sedih sayup hati bila lihat gambar ini,” katanya.

“Sedihnya ya….sudah berapa hari tidak jumpa,” soal Haz Zhura.

Shira Shabarudin pula mendoakan semoga keluarga itu di dalam lindungan Allah.

“Be strong dear’.

“Semoga di dalam lindungan Allah selalu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here