Galak usahawan pasarkan produk di Raudhah Grocer

0
170
Cikgu Izzat

Oleh: Nurul Firdaus Khairi

RAUDHAH CITY -Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Johari mengajak lebih ramai lagi usahawan produk Muslim tampil menyertai perjuangan di Malakat Mall.

Menurutnya, sejak kempen pelancaran BMF pada tahun lalu pihaknya mendapati mendapat sokongan ramai.

“Usahawan tidak perlu risau, mereka hanya perlu datang dan bawa produk manakala pihak Malakat Mall akan beri khidmat nasihat dan idea untuk bantu usahawan,” katanya dalam Sidang Media Prapembukaan Malakat Mall di sini hari ini.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama Cikgu Izzat berkata, pihaknya mahu mengubah ekosistem dan rangkaian pembekalan.

“Alhamdulilah kempen BMF meletup dan akhirnya kita kenal pasti Malakat Mall ini adalah agenda utama dalam merancakkan ekonomi Islam.

“Pada masa yang sama kita dapat maklumat lebih 5,000 produk dikeluarkan, jadi di mana produk-produk Muslim ini hendak ditempatkan selain di Malakat Mall,” jelasnya.

Izzat berkata, hari ini dapat dibuktikan bahawa Malakat Mall berjaya menghimpunkan pelbagai produk Muslim di Raudhah Grocer.

Jelasnya lagi, pada tahun 2020 pihaknya
bersama pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim mensasarkan 10 Malakat Mall dan 1000 Raudhah Grocer dibuka.

“Mana-mana koperasi di Malaysia yang berusaha mempromosikan produk BMF ini diharapkan dapat turut serta.

“Ini kerana Malakat Mall merupakan pusat membeli belah pertama Muslim pertama dibangunkan,” katanya memuji usaha Malakat Mall mengambil inisiatif mengadakan solat Jumaat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here