[GALERI] Seminggu berkampung di Istana Negara

0
135

Oleh FARID JANUDIN

KUALA LUMPUR – Isnin lalu negara dikejutkan dengan perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang menggusarkan seluruh masyarakat.

Pergolakan politik yang melanda sejak 23 Februari membuatkan rakyat sentiasa menanti maklumat terkini sam ada stesen televisyen dan juga portal-portal berita.

Sudah menjadi kemestian petugas media antara golongan paling sibuk mengejar pemimpin-pemimpin parti politik ini. Mereka tidak berada di satu-satu lokasi malah beralih dari satu tempat ke tempat lain.

Kesibukan tugas itu membuatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyumbang makanan kepada petugas media yang setia menanti di Pintu 1 dan 2 Istana Negara sejak Isnin lalu.

Keprihatinan Seri Paduka itu membuatkan pelbagai pihak tampil menghulurkan sumbangan kepada petugas media bagi meringankan beban mereka dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar Malakat Tribune, Farid Janudin mengenai tanggungjawab petugas media dalam menyampaikan berita kepada masyarakat. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here