Gelagat seorang bapa lagak emak cuit hati warga maya

0
259
Aksi mencuit hati lelaki ini melayan anak-anak bermain pondok-pondok, masak-masak.

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Trend menggunakan tanda pagar #StayAtHome sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)akibat wabak Covid-19 menjadi kegilaan ramai dan bakal meninggalkan kenangan buat ibu bapa.

Ramai juga yang mengambil kesempatan merakam kenangan dengan memuat naik gambar-gambar aktiviti sepanjang hari bersama keluarga.

Perkongsian seorang warga maya Facebook, Tengku Azam Mikail semalam berjaya mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik gambar seolah-olah menjadi seorang ibu menjaga dua anaknya perempuannya.

Gaya baring kepenatan melayan gelagat anak.

Menurutnya, anak-anak mengajaknya bermain.

“Duduk rumah anak-anak ajak main ‘pondok-pondok’ la, main anak patung la, main masak-masak la dia cakap papa jadi emak aku ye kan ye, sampai tergolek mak kau kerjakan ye.

“Penat layan kau orang ni, apa kau buat dengan papa ni nak oi, ini cuti tambah lagi apa lagi kau ajak papa main,” kongsinya.

Menariknya, aksi lucu seorang bapa yang terbaring kepenatan melayan gelagat anak-anak menjadi bualan warga maya.

Walaupun kepenatan ternyata inilah saat paling diingati oleh anak-anak apabila meningkat dewasa nanti.

Seorang warga maya Facebook, Surianti Ahmad berkata, perkongsian itu menunjukkan sikap bertanggungjawab seorang ayah.

“Terbaiklah papanya..dok sewa baju kelawar orang rumah lagi tu.

“Sampai ke besar anak akan ingat kenangan terindah ini,” kongsinya.

Bagi Napisah Napisah pula, aktiviti itu antara contoh terbaik seorang bapa.

Katanya, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban si ibu hendak melaksanakan kerja rumah.

“Contoh terbaik untuk bapa-bapa melayan anak-anak, sekurang-kurangnya meringankan mak nak buat kerja rumah,” katanya.

Mang Yak pula meninggalkan komen di mana aksi itu yang paling penting duduk di rumah.

“Tak pa, yang penting ‘stay at home, stay strong, stay safe’,” katanya.

Terdapat juga warga maya mengucapkan terima kasih kerana menghiburkan rakyat Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Zahrah Ahmad mengucapkan terima kasih kerana menghiburkan anak-anak dan secara tidur langsung menghiburkan hati warga maya di rumah.

“Maaflah ya, tergelak..semoga bahagia bersama keluarga,” katanya. MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here