GMB harap arahan moratorium diperluas kepada syarikat kewangan berlesen

0
81

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) berharap agar kerajaan memperluaskan arahan moratorium selama enam bulan secara automatik kepada syarikat kewangan berlesen yang dikawal selia dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

Memetik laporan Bernama, Presiden GMB, Agil Faisal Ahmad Fadzil, berkata syarikat kewangan yang dimaksudkan adalah Kredit Motor/Motokar, AEON Credit, BMW Credit dan syarikat pinjaman wang berlesen.

“Perkara ini penting memandangkan ramai yang mempunyai komitmen ansuran bulanan dengan institusi tersebut, hampir 90 peratus pemilik motosikal adalah daripada golongan B40 dan M40 yang membuat pinjaman daripada AEON Credit yang tidak tertakluk kepada arahan moratorium automatik,” katanya seperti yang dilaporkan.

Pada masa sama, Agil Faisal menyambut baik usaha kerajaan melalui inisiatif moratorium automatik dan berpendapat tempoh enam bulan yang diberikan memadai bagi usahawan kecil merangka strategi perniagaan masing-masing.

“Untuk usahawan, ini adalah tempoh bertenang yang harus digunakan dengan bijak dalam membina balik perniagaan masing-masing,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here