GP Australia dibatalkan

0
122

CYBERJAYA – Grand Prix Formula 1 Australia yang sepatutnya berlangsung di Litar GP Melbourne pada hujung minggu ini dibatalkan.

Keputusan tersebut dicapai dalam satu pertemuan di antara prinsipal pasukan dan Pengarah Urusan dan Pengarah Teknikal F1, Ross Brawn, sebentar tadi.

Difahamkan, badan kesihatan wilayah Victoria, di mana GP tersebut akan berlangsung, turut terlibat dalam pertemuan selama dua jam setengah itu.

Pembatalan ini selari dengan status acara sukan lain di seluruh dunia yang turut terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Terdahulu, pasukan McLaren telah mengumumkan penarikan diri daripada perlumbaan tersebut setelah salah seorang daripada anggotanya disahkan positif Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here