GP Bahrain berlangsung tanpa penonton

0
71

CYBERJAYA – Grand Prix F1 di Bahrain yang dijadualkan pada 22 Mac ini akan tetap berlangsung, namun tanpa kehadiran penonton.

Pihak penganjur berkata, keputusan ini diambil bagi mengehadkan penularan wabak Covid-19.

“Keputusan ini diambil bagi menjamin kesihatan rakyat dan para peminat sukan ini,” kata Putera Mahkota Bahrain, Putera Salman Hamad.

Bagaimanapun, GP Australia yang akan berlangsung pada 13 Mac nanti akan tetap diadakan dengan kehadiran penonton.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here