Guna aset ATM hantar bekalan makanan ke pedalaman Sabah, Sarawak

0
193

PUTRAJAYA- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggunakan aset yang dimiliki oleh agensi berkenaan untuk menghantar bekalan makanan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sedar bahawa terdapat kesukaran untuk menghantar makanan asas ke kawasan pedalaman di dua negeri berkenaan.

“Kita ada menerima aduan daripada penduduk-penduduk rumah panjang, jadi mesyuarat hari ini telah putuskan bahawa tentera akan guna aset mereka untuk bekalan makanan di kawasan berkenaan.

“Jadi, tidak perlu khuatir kerana kerajaan akan pastikan bekalan makanan akan mencukupi untuk mereka yang berada di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here