Hanya 60 peratus rakyat patuh arahan

0
47

NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Hanya 60 peratus rakyat Malaysia yang mematuhi arahan supaya berada di rumah pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, semalam pihaknya telah mengarahkan pihak polis bertindak dengan membuat pengumuman supaya terus berada di rumah.

“Saya rasa tindakan tegas tidak perlu dilakukan jika pematuhannya meningkat dari semasa ke semasa malah Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengarahkan ketua-ketua polis untuk bertindak dengan membuat pengumuman dan hebahan pada peringkat awal.

“Semalam sebanyak 504 sekatan jalan raya diadakan di seluruh negara dengan 6,135 kenderaan telah diperiksa dan setakat ini pihak polis hanya menasihati,” katanya dalam Sidang Khas isu Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan itu.

Ismail Sabri memohon orang ramai supaya mendisiplinkan diri bagi mengelakkan diri dari dijangkiti Covid-19.

Dalam sidang akhbar khas itu, beliau turut berharap rakyat sentiasa berada di rumah.

Menurutnya, jika arahan ini tidak dipatuhi pihak polis akan menggunakan tindakan lebih tegas.

Sementara itu, katanya lagi, Jabatan Penerangan juga telah membuat hebahan meningatkan kesedaran masyarakat untuk terus berada di rumah.

“Walaupun pihak kerajaan benarkan rakyat membeli barangan keperluan saya harap cuba jarakkan diri apabila berada di kawasan ramai orang seperti di pasar atau ketika membeli makan dan jangan membawa keluarga bersama serta anak kecil seperti dimaklumkan KKM.

“Saya harap rakyat mematuhi perintah dikeluarkan, tujuan perintah ini bukan untuk susahkan rakyat tetapi untuk menjaga kesihatan dan juga nyawa kerana daripada laporan KKM setiap hari kes baharu bertambah.

“Kini terdapat dua kematian dilaporkan dan KKM memaklumkan kes Covid-19 akan terus meningkat sebab itu kerajaan memperkenalkan larangan ini untuk menjaga keselamatan rakyat,” jelasnya. MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here