Hanya seorang dalam keluarga dibenar keluar rumah

0
85
Fadillah Yusof

CYBERJAYA – Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan, pihak berkuasa menetapkan hanya seorang sahaja dibenarkan keluar untuk urusan penting setiap keluarga.

Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan untuk keluar membeli barang-barang keperluan dan ubat-ubatan.

“Sekiranya ada yang terpaksa membawa orang (lebih daripada seorang), dia kena beri penjelasan kepada pihak polis. Secara dasarnya hanya seorang sahaja yang dibenarkan.

“Misalnya berlaku kematian, kenalah jelaskan kepada polis, dan itu atas budi bicara. Seboleh-bolehnya kurangkan pergerakan di luar rumah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya hari ini.

Mengulas mengenai pergerakan nelayan, Fadillah berkata, golongan itu dibenarkan untuk menjalankan pekerjaan mereka kerana tergolong dalam kelompok perkhidmatan yang penting untuk memastikan bekalan makanan mencukupi.

“Bagaimanapun golongan nelayan juga mesti patuhi garis panduan Kementerian Kesihatan dan pihak polis dan tentera,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here