Harga petrol, diesel turun lagi

0
99

CYBERJAYA- Harga petrol dan diesel sekali lagi mengalami penurunan bagi minggu akan datang.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, RON97 mengalami penurunan paling tinggi iaitu turun 9 sen, dengan harga seliter pada RM2.10 seliter.

Diesel juga mengalami penurunan sebanyak 9 sen, dan akan dijual pada harga RM1.87 seliter.

Sementra itu, RON95 turun 7 sen dan akan dijual pada harga RM1.82 seliter.

Harga baharu ini berkuat kuasa pada tengah malam ini hingga 20 Mac.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here