Harga petrol turun lagi

0
92

CYBERJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak 6 sen seliter dengan masing-masing RM1.38 seliter dan RM1.68 seliter berkuatkuasa esok sehingga 3 April ini.

Sebelum ini pada 21 Mac hingga hari ini, harga RON95 adalah RM1.44 seliter manakala RON97 RM1.74 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan di sini berkata, harga runcit diesel pula turun sebanyak 7 sen seliter iaitu daripada RM1.75 kepada RM1.68 seliter.

“Harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanisma (APM) ,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan itu, penurunan harga runcit produk petroleum itu adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat wabak Covid-19.

“Di samping itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here