Hari bersejarah Malakat Mall

0
532

APA Khabar Orang Kita….Hari ini, Jumaat 13 Mac 2020 menjadi tarikh yang amat bermakna kerana pusat beli belah Muslim pertama, Malakat Mall mula dibuka kepada orang ramai.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, Alhamdulillah prapembukaannya pada hari ini dapat direalisasikan penuh meriah dengan sambutan orang ramai sejak awal pagi.

Terima kasih pada yang hadir, anda terselit dalam sejarah pembukaan pusat beli belah ini. Ia pasti akan menjadi kebangaan kerana sokongan anda menjadi kekuatan penyatuan Muslim.

Melangkah kaki ke Malakat Mall buat pertama kali pasti akan membuatkan anda teruja melihat ekosistem yang dibina untuk pengembangan ekonomi Muslim ini yang penuh sistematik.

Pelbagai jenama terdapat di pusat beli belah ini dan pasti yang menjadu tumpuan utama ialah Raudhah Grocer yang menghimpunkan produk keluaran Muslim yang sangat berkualiti.

Jenama lain yang terdapat di Malakat Mall adalah Tahan Sports, Jojo Shoes, Petak, Conteng, Eebu, C&E, 2358 Fashion, Himawari, Togomen Homme, DIY Malaya dan Iqra Read Bookstore.

Untuk ruangan F&B, pastinya yang akan ‘melekat’ di hati pengunjung ialah Bunch-Oh yang menampilkan pelbagai menu istimewa dari enam benua yang berkonsepkan santai layan diri.

Berkeluasan 140,000 ribu kaki persegi dan terdiri daripada tiga blok bangunan empat tingkat, Malakat Mall adalah pusat beli belah milik usahawan Muslim yang mampu melangkah jauh.

Jika kena caranya, tidak mustahil hasrat untuk melihat 100 Malakat Mall dan 5,000 cawangan Raudhah Grocer dibuka di negara ini dapat direalisasikan oleh pejuang ekonomi Islam.

Perlu diakui bahawa Malakat Mall ini merupakan salah satu usaha strategik pengasasnya, Mohd. Fadzil Hashim dalam membantu meningkatkan ekonomi usahawan Muslim.

Segala usaha ini antara lain untuk mentransformasikan ekonomi kapitalis sedia ada kepada sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan bebas riba selain membangunkan ekonomi Muslim.

Lebih menarik Malakat Mall ini adalah milik pengguna Islam kerana apa saja yang dibelanjakan di pusat beli belah ini akan di pulangkan kembali kepada pengguna melalui pemberian dividen.

Menarik bukan?, jadi jangan lepaskan peluang anda. Pelabagi info mengenai Malakat Mall ini dapat diakses dengan mudah termasuk projek-projek lain untuk pembangunan ekonomi Islam.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here