Hari Keputeraan Agong dipinda 8 Jun

0
107

CYBERJAYA – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang sepatutnya dijadualkan pada 6 Jun dipinda kepada 8 Jun ini.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali, kerajaan bersetuju supaya mulai tahun depan sepanjang tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari keputeraan rasmi Seri Paduka adalah pada Isnin pertama Jun setiap tahun.

“Hari keputeraan rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here