Henti tularkan rakaman suara dakwa ATM akan pukul orang awam

0
68

CYBERJAYA – Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan sekeras-kerasnya menafikan rakaman suara yang menjadi tular hari ini yang mendakwa pihaknya diberi kuasa untuk memukul orang awam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dalam satu kenyataan berkata, orang ramai perlu menghentikan pengedaran rakaman tersebut kerana ia boleh mencetuskan rasa panik dalam kalangan masyarakat.

“Sebaliknya, orang ramai perlu bekerjasama dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar usaha membendung penularan Covid-19 dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” kata Affendi.

Pihak ATM ingin turut memaklumkan sekali lagi bahawa orang ramai tidak perlu bimbang apabila melihat kehadiran anggota ATM daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara kerana ini merupakan tugas sekunder ATM di waktu aman iaitu berperanan membantu pihak berkuasa awam dalam memelihara keamanan negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here