Hentikan penyebaran berita palsu

0
234

CYBERJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggesa segelintir warga maya menghentikan perkongsian berita palsu sehingga boleh menimbulkan suasana panik kepada masyarakat. 

Menerusi ciapan Twitter milik kementerian itu, berita atau mesej berkaitan agar rakyat mula membeli barangan keperluan harian dan perintah berkurung adalah palsu.

“Mohon hentikan perkongsian berita palsu ini. Berita atau mesej berkaitan cadangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar rakyat mula membeli barang keperluan asas dan perintah berkurung adalah palsu,” ciapan kementerian tersebut.

Semalam, Kementerian Kesihatan memaklumkan angka pesakit yang positif Covid-19 di Malaysia terus meningkat dengan mencatatkan sebanyak 190 kes baharu positif wabak itu dilaporkan.

Tambah kenyataan kementerian itu,  pihaknya berharap orang ramai tidak melakukan pembelian panik untuk membeli barangan keperluan asas.

“KPDNHEP berharap tiada pembelian panik dilakukan kerana situasi ini akan lebih mendatangkan kesan negatif kepada harga dan bekalan barang keperluan harian pengguna,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here