Hentikan tular esok cuti umum

0
168

CYBERJAYA – Jabatan Perdana Menteri menafikan tindakan segelintir warga maya yang menularkan cuti umum sempena pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri baharu hari ini.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pihaknya menegaskan pengumuman itu tidak benar sama sekali.

“Jabatan Perdana Menteri dengan ini menegaskan berita yang sedang tular berkaitan pengisytiharan cuti umum pada Isnin, 2 Mac ini sempena pelantikan Perdana Menteri Kelapan merupakan palsu.

“Semua pihak diminta berhenti menyebarkannya serta merta,” katanya kenyataan itu.

Tular dalam media sosial mengenai pengisytiharan cuti umum esok yang menyebabkan ramai warga maya berkongsi mengenai perkara itu.

Muhyiddin hari ini menghadiri Istiadat Angkat Sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Sumpah Simpan Rahsia itu berlangsung di Istana Negara. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here