Hina Agong : 10 kertas siasatan dibuka

0
239
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

CYBERJAYA – Sebanyak 10 kertas siasatan sudah dibuka membabitkan penahanan lima individu atas dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihak berkuasa itu telah menahan lima individu manakala lima lagi disyaki terbabit dengan kes sama sedang dikesan.

“Lima yang ditahan sudah direman dan sekarang tunggulah keputusan daripada pendakwa raya. Kini polis sedang mengesan selebihnya dan dipercayai mereka masih berada dalam negara,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun selepas dipercayai memuatnaik status menghina Yang di-Pertuan Agong di Facebook disusuli dengan penahanan dua lelaki dari Sungai Buloh Selangor dan Sandakan Sabah, semalam.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata, pihaknya dalam proses memanggil penganjur perhimpunan haram di sekitar ibu negara selepas menerima laporan mengenainya.

“Itu masih dalam tindakan dan akan dilaksanakan kerana laporan polis sudah dibuat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here