Hospital Sungai Buloh jadi hospital khusus Covid-19

0
268
Hospital Sungai Buloh

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dalam perancangan untuk menjadikan Hospital Sungai Buloh sebagai hospital khusus untuk merawat kes Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan mempertingkatkan kapasiti sedia ada di pelbagai kementerian dan agensi sebagai persediaan menghadapi kemungkinan situasi kejadian Covid-19 yang lebih meruncing.

“Kerajaan Malaysia sentiasa dalam keadaan berjaga dan mempunyai kaedahkaedah untuk menangani situasi ini sekiranya kejadian Covid-19 di Malaysia menjadi lebih serius,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ini termasuk meningkatkan aspek sumber manusia, kemudahan makmal, klinik kesihatan dan hospital bagi merawat kes virus ini.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga menjalin kerjasama dengan pihak swasta bagi menangani situasi Covid-19 ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here