Hotel kuarantin mangsa Covid-19 runtuh

0
228

BEIJING- Kira-kira 30 daripada 70 orang masih terperangkap di dalam runtuhan di sebuah hotel di bandar Quanzhou, Fujian, China, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam semalam.

Menurut laporan AFP, pihak berkuasa memaklumkan lebih 40 orang mangsa telah berjaya diselamatkan dan dikeluarkan dalam runtuhan di Hotel Xinjia, kira-kira pukul 9 malam.

Setakat ini, pasukan mencari dan menyelamat sedang bertungkus-lumus mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap.

Baru-baru ini, hotel lima tingkat yang mempunyai 80 bilik itu digunakan untuk kuarantin Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here