Hotel macam ini yang kita mahu…

0
2039
Lampu bilik di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi yang memberi mesej positif kepada penduduk di sekitarnya.

CYBERJAYA – Berdepan dengan kemerosotan jumlah pelanggan ekoran Perintah Kawal Pergerakan (PKP) tidak menghalang sebuah hotel di Bandar Baru Bangi dekat sini berkreatif dalam menyampaikan mesej-mesej positif kepada orang ramai.

Inisiatif Hotel Tenera di Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, menyalakan lampu bilik-bilik penginapan untuk membentuk paparan tulisan gergasi berkaitan penularan Covid-19 pada ketika ini sememangnya wajar dipuji.

Selepas mesej LOVE MCO (Perintah Kawalan Pergerakan); BE SAFE (jaga keselamatan); LOVE ALL (Sayang Semua), mesej kreatif terbaharu diteruskan dengan LOVE KIAH sebagai menghargai pengumuman kerajaan mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi baru-baru ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac lalu menggunakan nama Mak Cik Kiah sebagai contoh mudah dalam penerangan manfaat yang diterima rakyat negara ini.

Usaha pihak pengurusan hotel yang terkenal dengan hidangan dim sum itu ternyata memberi kesan positif dan semangat kepada masyarakat terutama dalam memberi kesedaran dan menyahut arahan pihak berkuasa untuk kekal di rumah.

Pemandangan seakan-akan ‘word puzzle’ itu kini boleh dilihat beberapa kilometer di sekitar Seksyen 1, Bandar Baru Bangi.

Dalam hantara Facebook hotel berkenaan, warga maya memuji dengan memberi komen;

Idr Sa : Tiap maghrib sy akan tunggu tepi tingkap nak tgk staff buka lampu dan wording. Impressive sgt!
Sis Neliy Ghazali : Staf yang kreatif.. Terbaik
Hazlie Buhari : Terbaik. Buat lagi Tenera hahahaha… Yang degil duduk rumah pula.. Hahaha
Nur Sakinah : Wow.. ok dalam senarai untuk bercuti

Lampu bilik di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi yang membentuk tulisan Love MCO.
LOVE KIAH antara paparan terbaharu lampu bilik di Hotel Tenera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here