HRPB nafi pesakit positif Covid -19 larikan diri

0
126

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

IPOH – Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini menafikan terdapat seorang pesakit wanita yang didakwa positif Covid-19 telah melarikan diri dari hospital berkenaan seperti yang tular dalam media sosial hari ini.

Pengarahnya, Dr. Abdul Malek Osman dalam satu kenyataan berkata, semakan yang dilakukan pihaknya mendapati tiada sebarang maklumat pesakit seperti mana yang tular itu direkodkan di hospital berkenaan.

Justeru itu katanya, pihaknya menafikan penularan berita tersebut dan mengesahkan bahawa ia adalah tidak benar.

“Orang ramai digesa tidak menularkan sebarang berita yang tiada kesahihan kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai.

“Sebarang maklumat berkenaan COVID-19 boleh merujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau email di [email protected],” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, satu mesej tular di media sosial yang mendakwa seorang wanita yang dikatakan positif COVID-19 dari Kampung Simee di Ipoh melarikan diri dari HRPB.

Mesej itu turut mendakwa wanita berkenaan kini sedang dikesan oleh pihak hospital dan polis.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here