Hubungi SPRM jika tidak terima bantuan adalah maklumat palsu

0
76


Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan kononnya orang ramai perlu menghubungi talian bebas tol suruhanjaya berkenaan sekiranya mereka tidak mendapat agihan bantuan kerajaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, SPRM memaklumkan dakwaan tersebut telah disebarkan pihak tidak bertanggungjawab seperti yang telah di aplikasi WhatsApp serta media sosial hari ini.

“SPRM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seumpama itu yang dipercayai merujuk kepada bantuan khas susulan penularan Covid-19 yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sebanyak RM250 bilion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19.

Jumlah itu termasuk suntikan fiskal sebanyak RM22 bilion, jaminan kerajaan sebanyak RM55 bilion dan lain-lain inisiatif yang mencakupi lebih RM153 bilion.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here