HUKM lancar tabung prihatin bantu petugas Covid-19

0
315

CYBERJAYA – Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) hari ini melancarkan Tabung Prihatin Covid-19 untuk menampung keperluan harian Pasukan Petugas HCTM dalam menangani penularan wabak itu.

Orang ramai dipelawa menderma atau memberi sumbangan berbentuk makanan atau barang keperluan bagi mengurangkan beban ditanggung kakitangan barisan depan hospital itu.

HUKM merupakan salah satu daripada 26 hospital di negara ini yang mengendalikan kes Covid-19.

Sumbangan anda diharap dapat menyuntik semangat kepada kakitangan yang sebahagiannya terpaksa bermalam di tempat kerja dan kakitangan yang membantu mendapatkan barangan keperluan dari luar.

Sumbangan boleh dibuat di akaun CIMB Bank, 98299 117032 001. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here