Ikan kembung lelong di Puchong

0
207

CYBERJAYA – Berita gembira buat warga Puchong, Selangor apabila mereka boleh membeli ikan kembung lelong yang dibawa khas dari Jeti Kuala Muda, Kedah.

Ketua Prasana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, ikan itu akan tiba petang atau malam ini.

“Alhamdulillah. Salah seorang jawatankuasa BMF Malaysia, Encik Rashidi, sudah tiba di Jeti Kuala Muda untuk memborong ikan kembung lelong.

“Untuk orang Puchong dan sekitar, bersiap sedia kerana ikan kembung ini akan mendarat di Puchong petang atau malam ini.

“Saya akan kemaskini lagi pergerakan pergerakan ikan kembung lelong dari Jeti Kuala Muda, Kedah ini,” katanya di laman facebook miliknya hari ini.

Menjawap komen mengapa hanya di Puchong, Mohd. Nor Izzat berkata, lori berkenaan datang dari Puchong dan pihaknya hanya mempunyai 12 tong ikan sahaja.

Difahamkan berlaku lambakan ikan kembung di kedah sampai ke tahap harga 50 sen sekilogram sekali gus menyebabkan nelayan hilang punca pendapatan.

Bagi yang ingin mengetahui lokasi sebenar dan masa lelongan ikan ini, orang ramai boleh mengikuti facebook Mohd. Nor Izzat ‘ Cikgu Izzat Johari’.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here