Ikan singgang mungkin penawar Covid-19?

0
269
Sajian ikan singgang dipercayai mempunyai khasiat untuk mencegah pelbagai penyakit bawaan mikrob.

CYBERJAYA – Sajian ikan singgang yang popular dalam kalangan masyarakat Pantai Timur dipercayai mempunyai khasiat tersendiri melawan penyakit bawaan virus termasuk wabak Covid-19.

Menurut Pensyarah Fakulti Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Azizah Mahmood, kajian dilakukan menunjukkan ramuan terkandung dalam hidangan itu mampu menentang penyakit bawaan mikrob dalam badan manusia.

“Ya memang ada kemungkinan (melawan virus). Tapi ia memerlukan satu kajian yang khusus untuk Coronavirus.

“Komponen antimikrob yang terkandung dalam ikan singgang mampu menentang mikro organisma tertentu dalam badan manusia,” katanya seperti dilaporkan Buletin Utama baru-baru ini.

Azizah berkata, komponen antimikrob dan anti oksida dalam hidangan ikan singgang terhasil daripada penggunaan bahan seperti halia ,serai, kunyit, asam keping dan garam yang dipanaskan dan larut di dalam air.

Azizah Mahmood

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here