Indonesia gantung semua ketibaan luar negara mulai hari ini

0
80

CYBERJAYA – Indonesia akan menggantung semua ketibaan dan persinggahan transit warga asing di negara tersebut dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Menurut laporan portal The Guardian, yang memetik kenyataan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, arahan tersebut, bagaimanapun, akan dilonggarkan bagi warga asing yang mempunyai permit menetap dan lawatan diplomatik.

“Arahan ini mula dilaksanakan mulai hari ini,” kata Retno.

Dalam masa yang sama, Retno berkata, kerajaan akan mengetatkan lagi proses saringan rakyatnya yang pulang dari luar negara.

Sehingga semalam, jumlah kematian di negara tersebut telah mencecah 114 kes iaitu yang tertinggi di ASEAN manakala jumlah positif Covid-19 pula ialah 1,285 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here