Ingkar arahan untuk duduk di rumah berdosa di sisi Allah- Mufti Perlis

0
108
MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – “Orang-orang yang degil enggan mematuhi arahan kerajaan untuk berada di kediaman masing-masing sebenarnya melakukan dosa,” kongsi Mufti Perlis melalui Facebooknya hari ini.

Menurut Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, perintah yang dikeluarkan pihak kerajaan adalah demi keselamatan dan ia perlu dipatuhi setiap individu.

“Allah dan Rasul-Nya menyuruh kita mentaati pemerintah dalam perkara yang tidak maksiat atau dosa.

“Inikan pula dalam perkara yang memang disuruh oleh agama untuk kita lakukan iaitu menjaga nyawa sendiri dan nyawa orang lain.

“Perbuatan ingkar tersebut berdosa di sisi Allah,” tegasnya.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here