‘Inilah masa untuk ‘reset’ ekonomi kita’

0
226
Mohd. Fadzil Hashim bercakap pada program Assalamualaikum TV Alhijrah hari ini.

RAUDHAH CITY – Krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku akibat penularan wabak Covid-19 perlu dilihat sebagai ujian Allah serta penyatuan semula umat Islam khususnya melalui penguasaan sektor ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch dan Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, ujian serta musibah ketika ini seolah memberi peluang kepada Muslim melakukan ‘reset’ dan melihat amalan perniagaan dilakukan berlandaskan prinsip Islam.

“Kita kena yakin bahawa apa yang berlaku ini adalah ujian Allah untuk menguji bagaimana bertindak sebab kita akan ditanya oleh Allah tentang apa yang dilakukan. Bab keputusan, itu Allah yang tentukan.

“Saya mengharapkan penyertaan umat Islam (dalam ekonomi). Inilah masanya untuk kita ‘reset’ dan bersatu hati dengan semua kekuatan yang ada pada setiap daripada kita,’’ katanya dalam program Assalamualaikum TV Alhijrah yang dihoskan oleh Amie Sofia hari ini.

Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, sebagai perintis, pihaknya telah memulakan langkah menguasai ekonomi ummah melalui pembukaan pusat beli-belah Malakat Mall pada 13 Mac lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here