Isteri Perdana Menteri Kanada positif Covid-19

0
86

OTTAWA – Wabak Covid-19 semakin membimbangkan apabila isteri Perdana menteri Kanada, Sophie Gregoire Trudeau disahkan positif virus itu selepas menjalani ujian saringan pengesahan.

Memetik portal Harian Metro jurucakap perdana menteri itu berkata, Sophie akan menjalani pengasingan dan kuarantin buat sementara waktu.

Justin Trudeau pula dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang simptom.

Trudeau akan menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari.

Sehingga kini, Kanada merekodkan lebih 100 kes dengan satu kematian akibat wabak berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here