Isteri PM Sepanyol positif Covid-19

0
139

MADRID: Isteri kepada Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, disahkan positif Covid-19.

Perkara itu disahkan Pejabat Perdana Menteri Sepanyol semalam, selepas beberapa jam Sanchez mengumumkan perintah berkurung di hampir seluruh negara.

Memetik laporan AFP, Perdana Menteri serta isterinya, Begona Gomez itu bagaimanapun berada dalam keadaan baik.

Katanya, kedua-dua mereka berada di kediaman rasmi susulan langkah baharu diperkenalkan oleh pihak berkuasa kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here