Istiadat Angkat Sumpah Menteri Kabinet Esok

0
150

Oleh SITI AZIELAH WAHI

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Kabinet akan diadakan esok.

Menurut Muhyiddin, istiadat berkenaan akan diadakan di Istana Melawati di sini jam 3 petang.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri yang saya telah umumkan.

“Jalankanlah tugas anda dengan cemerlang demi rakyat dan negara,” katanya selepas pengumuman barisan Kabinet sebentar tadi.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengiringi beliau sepanjang pengumuman tersebut.

Dalam pengumuman itu, Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada ketua parti Perikatan Nasional yang telah memberikan panduan dan mandat kepadanya.

“Sepanjang minggu lalu saya berpeluang berbincang untuk membentuk Kabinet baharu.

“Saya ucapkan terima kasih kepada parti yang memberi cadangan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here