Itali catat kematian tertinggi semalam

0
222
Deretan keranda berisi mayat mangsa Covid-19 di Gereja San Giuseppe di bandar Seriate, Itali sedang menunggu untuk diangkut ke krematorium untuk dibakar.

CYBERJAYA – Itali merekodkan jumlah kematian tertinggi dalam sehari bagi mana-mana negara dilanda wabak Covid-19 semalam, apabila 969 mangsa disahkan maut.

Jumlah ini menjadikan angka keseluruhan yang maut akibat wabak itu di negara tersebut kepada 9,134.

Portal The Guardian yang memetik kenyataan Majlis Kesihatan Tertinggi (CSS) bagaimanapun, melaporkan jumlah pesakit yang dijangkiti pula menunjukkan trend menurun.

Sementara itu, Sepanyol pula mencatatkan sebanyak 769 kematian, menjadikan keseluruhan yang maut akibat wabak ini kepada 4,858 orang.

Enam daripada 10 buah negara yang mempunyai kes positif Covid-19 setakat ini berada di Eropah, berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins.

US: 103,942
Italy: 86,498
China: 81,897
Spain: 65,719
Germany: 50,871
France: 33,402
Iran: 32,332
United Kingdom: 14,745
Switzerland: 12,928
South Korea: 9,332

Setakat ini, sebanyak 597,072 kes positif dilaporkan di seluruh dunia, dengan 27,360 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here