Itali lanjut tempoh perintah berkurung

0
128

ROM – Kerajaan Itali akan melanjutkan tempoh perintah berkurung yang sepatutnya berakhir Jumaat ini, sekurang-kurangnya sehingga sambutan Easter pada 12 April, walaupun terdapat penurunan kes jangkitan baharu wabak Covid-19.

“Penilaian ini bertujuan melanjutkan semua langkah pengawalan wabak sekurang-kurangnya sehingga sambutan Easter,” kata Menteri Kesihatannya, Roberto Speranza dalam satu kenyataan selepas menghadiri satu mesyuarat jawatankuasa saintifik.

Kementerian Kesihatan bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh khusus tamatnya tempoh perintah berkurung, namun memberitahu ia akan dicadangkan oleh kerajaan mengikut peruntukan undang-undang.

Itali juga di antara negara yang paling teruk terjejas akibat Covid-19 apabila menyumbang kepada lebih daripada satu pertiga daripada jumlah kematian peringkat global.

Rakyat di negara itu sudah menjalani perintah berkurung selama tiga minggu di mana penduduk tidak dibenarkan meninggalkan kediaman masing-masing, melainkan bagi urusan penting.

Jumlah kematian terus meningkat kepada 11,591 orang sejak wabak itu menular di negara itu pada 21 Februari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here