Itali terpaksa kerahkan tentera bantu pindahkan mayat mangsa Covid-19

0
7474
Barisan trak tentera yang digunakan dalam operasi pemindahan mayat mangsa Covid-19 di wilayah Bergamo, malam tadi. – AGENSI

CYBERJAYA – Itali terpaksa mengerahkan anggota tenteranya bagi membantu memindahkan mayat mangsa Covid-19.

Menurut portal berita Dailymail, pemindahan tersebut terpaksa dilakukan kerana tanah perkuburan di wilayah Bergamo sudah tidak mampu menampung jumlah kematian yang berlaku.

Untuk rekod, di Bergamo sahaja, setakat ini seramai 4,300 individu telah disahkan positif Covid-19, dengan 93 kematian.

Difahamkan, situasi di rumah mayat dan pusat pembakaran sangat sesak, dengan para petugas terpaksa memproses hingga 24 mayat sehari, termasuk kematian akibat kes-kes biasa.

Jurucakap tentera mengesahkan sebanyak 15 trak dan 50 anggita dikerahkan bagi membantu memindahkan mayat mangsa ke wilayah berhampiran.

Media tempatan menyebut sebanyak 70 buah keranda dibawa dalam konvoi tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here