Jadilah pemilik Raudhah Grocer

1
2380

Susunan NORDEN MOHAMED

(Berdasarkan siaran langsung Facebook Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim)

PADA waktu-waktu begini, walau betapa hebat pun perniagaan kita, kita kena tutup perniagaan. Bisnes yang masih boleh berjalan ialah bisnes menjual makanan.

Lain-lain bisnes seperti bisnes latihan, motivasi, jualan barangan secara ‘online’ memang tak boleh jalan.

Lain-lain bisnes yang masih boleh aktif ialah seperti membekal bahan makanan seperti Raudhah Grocer.

Sebelum ini, saya dengan PPIM dan Cikgu Izzat seorang aktivis BMF, merancang nak buat Malakat Mall terlebih dahulu di mana Raudhah Grocer menjadi kedai utama yang membekal makanan harian kepada komuniti yang disasarkan. Rancangan kita memakan masa 10 tahun.

MOHD. FADZIL HASHIM

Tetapi hari ini apabila berlaku keadaan sekarang, apa yang kita boleh lakukan? Kami nak buka lebih banyak Raudhah Grocer dan mengajak anda menjadi tuan punya. Kami dah susun sistem perjalanan Raudhah Grocer yang kemas.

Bagaimana nak jadi tuan punya Raudhah Grocer? Jadilah ahli KoPPIM dengan membeli syer minima RM500. Anda digalakkan membeli lebih syer kerana pulangannya bergantung kepada berapa banyak yang kita labur.

Masukkan sejumlah pelaburan yang selesa sekadar 10 peratus dari simpanan. Kalau ada RM100,000 masuklah paling kurang RM10,000. Kalau ada RM10,000, masuklah RM1,000. Kalau ada RM1,000 masuklah RM100. Jika tiada, memadai jika anda boleh kongsi status ini.

Orang ramai berbelanja di Raudhah Grocer yang menempatkan pelbagai produk usahawan Muslim. (Gambar diambil sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan).

Dalam keadaan sekarang ini, bisnes yang melibatkan semua orang ialah bisnes bekalan makanan.

Mereka kena beli beras, tepung, ayam dan barang asas makanan. Jadilah ahli KoPPIM kerana koperasi akan jadi pelabur dalam Raudhah Grocer.

Raudhah Grocer pula akan beri dividen kepada koperasi dan koperasi pula akan beri dividen kepada anda kembali sebagai pemilik saham.

Raudhah Grocer juga mempromosi jenama-jenama Muslim seperti beras, sambal, minyak masak, minuman dan makanan yang kesemuanya keluaran Muslim.

80 peratus produk yang terjual di Raudhah Grocer adalah produk Muslim.

Anda semua harus sertai KoPPIM. Tidak perlu tunggu sehingga keadaan wabak Covid-19 ini berlalu kerana kita tidak tahu bila ia akan pergi.

KoPPIM juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan mereka amat menyokong usaha ini. Kekuatan koperasi datang dari masyarakat, di mana masyarakat bersatu untuk mewujudkan kekuatan kewangan melalui koperasi.

Sebagai ahli, kita membeli di Raudhah Grocer iaitu perniagaan sendiri kerana kita punyai saham di dalamnya.

Kita hanya perlu melabur. Kemudian ‘stay home, stay safe’. Biar kakitangan Raudhah Grocer yang uruskan segalanya.

Daftar sekarang sebagai ahli KoPPIM di www.KoPPIM.com.my

1 COMMENT

  1. Salam; Saya sudah menjadi ahli KoPPIm. Saya nak tanya bagaimana caranya sekiranya saya nak buka kedai Raudhah Grocer. Berapa modalnya dan syarat2, keluasan kedai (atau boleh kita mula dengan “mini” Raudhah grocer dulu?). Adakah ianya berkonsep seperti 7-11. Saya tinggal di Indera Mahkota Kuantan. Sekian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here