Jakim tubuh pasukan khas pengurusan jenazah Covid-19

0
124

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA – Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menubuhkan pasukan khas pengurusan jenazah sebagai langkah siap siaga berikutan jumlah kematian akibat wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Hakimah Mohd Yusoff berkata, pasukan yang ditubuhkan sejak wabak ini melanda negara telah diberi taklimat dan penerangan mengenai kaedah pengurusan jenazah secara khas berpandukan pandangan hukum yang diputuskan oleh Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

“Pada 15 Mac lalu MKI bersetuju supaya pengurusan jenazah mangsa Covid-19 menggunapakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-107, bertarikh 10 hingga 11 Februari 2015 mengenai Hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang disyaki atau disahkan dijangkiti Virus Ebola di Malaysia.

“Pandangan ini telah mendapat perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, seramai 18 petugas khas pengurusan jenazah iaitu 12 lelaki dan lima perempun telah diarah bersiap sedia terdiri daripada pegawai dari Jakim, Masjid-masjid utama di bawah Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here